Saya pasti ramai diantara kita yang mengtahui apa itu lada jeruk. Namun kepada pembaca yang mula berkerut dahi bila mendengar ini, saya yakin anda tentunya jarang mendengarnya apatah lagi menjamahnya.
Sebagai pengenalan, Lada jeruk merupakan lada hidup (biasanya lada hijau) atau setengah orang memanggilnya lada besar, akan dihiris halus dan direndam dengan air cuka. Lada yang telah masam dengan air cuka itu akan menjadi seolah-olah terawet akibat tindakbalas dengan cuka tersebut. Maka kombinasi rasa masam dan pedas membuat Lada Jeruk begitu unik dan menjadi kegemaran sesetengah peminat makanan pedas.
Tahukah anda, lada jeruk mempunyai potensi masa akan datang yang baik sebagai satu lagi peluang untuk bidang perniagaan. Ianya sangat enak apabila dimakan bersama pelbagai jenis juadah yang lazimnya dihidangkan di gerai-gegrai atau restoren yang besar.
Kepada sesiapa yang masih berfikir untuk memulakan perniagaan, lada jeruk ini merupakan sesuatu yang mudah untuk dibuat dan dipasarkan. Modal yang murah, serta cara penyediaannya yang tidak cerewet menjadikan ianya mudah untuk diuruskan.
Lada Jeruk ini sesuai dimakan sebagai ulaman atau makanan tambahan seperti sambal belacan atau cencaluk. Paling sesuai dimakan dengan bihun goreng. Rasanya yang pedas masam, membuatkan lidah sipemakan akan terasa kecur, terutama apabila dibalas dengan keenakan Bihun itu sendiri.
Di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuatnya. Ia mudah disediakan, dan dengan pengurusan yang cekap, ia boleh dihasilkan secara besar-besaran dengan kos yang sederhana. Potensinya sangat luas kerana kebanyakan restoran memerlukan lada jeruk sebagai perasa makanan tambahan.
Bagi menyediakan untuk skala yang kecil, anda boleh menyediakan bahan-bahan berikut.
Pemasaran
Bagi permasaran, anda hanya perlu menerima tempahan daripada restoran-restoran atau pun orang perseorangan. Caranya adalah dengan membuat sampel dan juga jenama anda sendiri. Bagi menjimatkan kos, anda boleh membuat bungkusan menggunakan plastik besar.
Pergilah dari rumah ke rumah, dan juga restoran-restoran dan tanyakan kepada mereka adakah mereka memerlukan bekalan lada jeruk ini. Nyatakan juga kepada mereka kenapa mereka harus menempahnya dengan anda. Beritahu kepada mereka kos jika membuat sendiri lebih mahal dan leceh jika dibandingkan dengan membeli terus daripada anda.
Buat permulaan jangan ambil tempahan secara kredit atau hutang. Buat jualan secara tunai. Ini bagi membolehkan aliran tunai itu berjalan dengan lancar.
Anda boleh bermula kecil-kecilan dan boleh memasarkan sendiri dengan membuat jenama anda sendiri. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan ( hidangan utk sekeluarga yg gemar pedas )
- Cili Hijau Besar (bilangan biji terpulang pada individu)(selalunya, saya penuhkan 1 botol ladys choice mayonnaise yg bsr tu)
- 1 Botol kecil cuka makan
Cara-cara
- Potong (ikut keratan rentas) cili hijau.(potong serong atau lurus terpulang pd individu). Masukkan cili ke dalam bekas bertutup.Ketepikan.
- Tuang (habiskan) cuka makan ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih, dan tutup api.(klu tak mndidih pn takpe, asalkan betul2 pns).klu pnskn pki microwave lg cpt, pnskn dlm 1min pn dh ok
- Tuang (secepat mungkin) cuka yg masih pns tadi ke dalam bekas yg mengandungi cili potong tadi. Setelah agak sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais.
- Setelah sejuk, bolehlah dimakan dgn maggi, bihun atau mee kuning kegemaran anda.
Pemasaran
Bagi permasaran, anda hanya perlu menerima tempahan daripada restoran-restoran atau pun orang perseorangan. Caranya adalah dengan membuat sampel dan juga jenama anda sendiri. Bagi menjimatkan kos, anda boleh membuat bungkusan menggunakan plastik besar.
Pergilah dari rumah ke rumah, dan juga restoran-restoran dan tanyakan kepada mereka adakah mereka memerlukan bekalan lada jeruk ini. Nyatakan juga kepada mereka kenapa mereka harus menempahnya dengan anda. Beritahu kepada mereka kos jika membuat sendiri lebih mahal dan leceh jika dibandingkan dengan membeli terus daripada anda.
Buat permulaan jangan ambil tempahan secara kredit atau hutang. Buat jualan secara tunai. Ini bagi membolehkan aliran tunai itu berjalan dengan lancar.
Anda boleh bermula kecil-kecilan dan boleh memasarkan sendiri dengan membuat jenama anda sendiri. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment