Monday, July 13, 2009

Lada Jeruk



Saya pasti ramai diantara kita yang mengtahui apa itu lada jeruk. Namun kepada pembaca yang mula berkerut dahi bila mendengar ini, saya yakin anda tentunya jarang mendengarnya apatah lagi menjamahnya.
Sebagai pengenalan, Lada jeruk merupakan lada hidup (biasanya lada hijau) atau setengah orang memanggilnya lada besar, akan dihiris halus dan direndam dengan air cuka. Lada yang telah masam dengan air cuka itu akan menjadi seolah-olah terawet akibat tindakbalas dengan cuka tersebut. Maka kombinasi rasa masam dan pedas membuat Lada Jeruk begitu unik dan menjadi kegemaran sesetengah peminat makanan pedas.

Tahukah anda, lada jeruk mempunyai potensi masa akan datang yang baik sebagai satu lagi peluang untuk bidang perniagaan. Ianya sangat enak apabila dimakan bersama pelbagai jenis juadah yang lazimnya dihidangkan di gerai-gegrai atau restoren yang besar.

Kepada sesiapa yang masih berfikir untuk memulakan perniagaan, lada jeruk ini merupakan sesuatu yang mudah untuk dibuat dan dipasarkan. Modal yang murah, serta cara penyediaannya yang tidak cerewet menjadikan ianya mudah untuk diuruskan.

Lada Jeruk ini sesuai dimakan sebagai ulaman atau makanan tambahan seperti sambal belacan atau cencaluk. Paling sesuai dimakan dengan bihun goreng. Rasanya yang pedas masam, membuatkan lidah sipemakan akan terasa kecur, terutama apabila dibalas dengan keenakan Bihun itu sendiri.

Di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuatnya. Ia mudah disediakan, dan dengan pengurusan yang cekap, ia boleh dihasilkan secara besar-besaran dengan kos yang sederhana. Potensinya sangat luas kerana kebanyakan restoran memerlukan lada jeruk sebagai perasa makanan tambahan.

Bagi menyediakan untuk skala yang kecil, anda boleh menyediakan bahan-bahan berikut.

Bahan-bahan ( hidangan utk sekeluarga yg gemar pedas )

  • Cili Hijau Besar (bilangan biji terpulang pada individu)(selalunya, saya penuhkan 1 botol ladys choice mayonnaise yg bsr tu)
  • 1 Botol kecil cuka makan

Cara-cara

  1. Potong (ikut keratan rentas) cili hijau.(potong serong atau lurus terpulang pd individu). Masukkan cili ke dalam bekas bertutup.Ketepikan.
  2. Tuang (habiskan) cuka makan ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih, dan tutup api.(klu tak mndidih pn takpe, asalkan betul2 pns).klu pnskn pki microwave lg cpt, pnskn dlm 1min pn dh ok
  3. Tuang (secepat mungkin) cuka yg masih pns tadi ke dalam bekas yg mengandungi cili potong tadi. Setelah agak sejuk, tutup bekas dan simpan dalam peti ais.
  4. Setelah sejuk, bolehlah dimakan dgn maggi, bihun atau mee kuning kegemaran anda.

Pemasaran

Bagi permasaran, anda hanya perlu menerima tempahan daripada restoran-restoran atau pun orang perseorangan. Caranya adalah dengan membuat sampel dan juga jenama anda sendiri. Bagi menjimatkan kos, anda boleh membuat bungkusan menggunakan plastik besar.

Pergilah dari rumah ke rumah, dan juga restoran-restoran dan tanyakan kepada mereka adakah mereka memerlukan bekalan lada jeruk ini. Nyatakan juga kepada mereka kenapa mereka harus menempahnya dengan anda. Beritahu kepada mereka kos jika membuat sendiri lebih mahal dan leceh jika dibandingkan dengan membeli terus daripada anda.

Buat permulaan jangan ambil tempahan secara kredit atau hutang. Buat jualan secara tunai. Ini bagi membolehkan aliran tunai itu berjalan dengan lancar.

Anda boleh bermula kecil-kecilan dan boleh memasarkan sendiri dengan membuat jenama anda sendiri. Selamat Mencuba!

Saturday, July 4, 2009

Wang Pertama


$ Menghasilkan RM pertama anda $

Salam Sejathera.

Anda pastinya tersangat ingin mengetahui jika ada diluar sana yang benar-benar mengajar kita untuk membuat duit dengan cara yang paling mudah. Ini sememangnya lumrah kepada manusia kerana duit merupakan medium pertukaran yang penting dalam dunia moden ini. Sememangnya ia tidaklah sesukar mana, namun anda perlu mencari alasan yang kukuh untuk orang lain memberi wang kepada anda.

Satu hari saya sangat kehausan dan terus mencari-cari kedai untuk membeli air. Terkejut saya apabila ada satu kedai mamak jual air tin RM1.80 satu... kemudian saya pun membeli tanpa memikir harga air tersebut kerana terlalu haus. Tetapi bila fikir semula, sungguh mahal air tu!

Kemudian saya berjalan sedikit didepan jalan sebelum sampai simpang, saya melihat seorang pakcik menjual air. Walau pun nampak tak ramai orang, tetapi pakcik tu tetap berada disitu. Ia membuat saya tertanya-tanya, "ada untung ke jual air nie?"Satu saja jawapannya, kalau tak untung masakan pakcik tu masih tercongok duduk kat situ jual air. Maka saya pun mencubanya sendir dan ternyata memang betul perkara tersebut.Anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk berniaga air. Dekat depan rumah pun boleh buat. Ada juga org kata "kalau hari hujan, mesti tak laku jual air" itu pun silap juga. Kalau hari hujan, kita jual la air panas! Cuba la bayangkan kalau kita dapat jual air sehari, tak payah banyak 20 cawan. 1 Cawan RM1, dah ada RM20 satu hari. Kos membuat air tidaklah seberapa. Saya akan nyatakan dibawah ini dan mungkin anda juga boleh mencubanya sendiri. Apa yang penting ketabahan anda sendiri dan ego anda sahaja yang perlu anda lawan.

Senarai alatan:

ALATAN TETAP

Payungmeja lipatbekas air (gunakan yang ada paip, lebih murah dan praktikal)
Bekas letak
straw alas
mejapapan
tanda iklan (boleh buat pakat kertas manila buat sementara)
baju dan topi (sbg imej kita)

BELANJA BULANAN

Air bersih (pastikan air anda air yang ditapis)
Pati air (pilihlah pati mengikut kesukaan anda)
bekas air dan strawgulagas (buat masak air gula)
upah (upah ini untuk anda sendiri)

BELANJA LAIN-LAIN

Fotostat flyers untuk promosi
Banner

Bancuh air secukup rasa. Jangan main buat je. Pastikan anda ikhlas membuatnye. Tak perlu buat banyak-banyak, agak-agak mengikut permintaan. Tp air gula pastikan manis. Kalau anda pandai boleh buat air yang lain dari yang lain mcm Soya atau cendol. kalau tak pun jgn pandang rendah air biasa seperti oren atau mangga, setiap hari pasti ada org yang haus.Bila berniaga mcm nie, jgn la pikir nak untung sampai boleh pakai kete BMW.

Tetapi tabahkan semangat, ingat anda hanya perlu merasakan bagaimana bila berhadapan dengan pelanggan, cara untuk uruskan duit, urusan stok dan sebagainya. Bila dah paham perkara ini dan anda pun berminat dengan perniagaan, barulah fikirkan untuk tindakan seterusnya. Sekiranya anda berasa bosan dan takut rugi, bermakna anda tiada semangat keushawaan, jadi teruskan saja la kerja yang sedia ada ini sampai pencen atau dapat pampasan. Lupakan saja cita-cita untuk mengubah nasib menjadi org kaya. Nah, sekarang anda bila dah ada alatan ini maka anda boleh mulakan sendiri. Jgn paksa diri buat permulaan, jadikan ia sbg permulaan untuk anda mengurus sebuat perniagaan kecil. Kerana bila anda boleh menguruskan yang kecil, barulah anda boleh menguruskan perniagaan yang besar-besar. Jual ketika pulang dari kerja atau hari cuti. Atau pun jual ketika ada apa-apa aktiviti besar-besaran seperti hari merdeka, tahun baru yang mana akan ada ramai org. Uruskan dgn niat untuk belajar, insyallah anda akan dapat habuannya. Selamat mencuba!

Thursday, July 2, 2009

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama


Langkah pertama anda

Sehari selembar benang, Lama-lama menjadi kain. Berkat usaha sedikit demi sedikit tenaga dan fikiran yang dicurahkan dengan cara dan keyakinan yang betul, insyaallah akan membuahkan hasil. Perniagaan bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan, akan tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengecapi kejayaan daripadanya. Ianya sering dikaitkan dengan lambang kekayaan seseorang yang menceburinya. Namun tidak kurang yang kecundang kerananya. Blog ini akan membincangkan bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dimajukan dan terus berkembang menjadi suatu yang memberi manfaat bukan sekadar manfaat kewangan, tetapi juga manfaat sejagat.

Sebagai permulaan saya ingin mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada anda yang sudi melayari laman blog saya yang tidak seberapa ini. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi idea dan juga pengalaman dalam bidang perniagaan. Sebagaimana yang kita telah sedari bidang perniagaan menjana 9/10 daripada pendapatan. Atas fakta ini, ramai diantara kita yang berebut-rebut terjun dalam bidang ini. Tanpa asas yang kukuh, tanpa ilmu yang mendalam dan juga tiada pengalaman yang cukup. Akhirnya, mana-mana yang menghadapi kegagalan, tidak mampu lagi untuk bangkit semula melawan cabaran yang begitu getir ini.

Namun, ironinya, ramai diantara yang berjaya juga melalui proses yang sama. Mereka juga tiada asas yang kukuh, kurang ilmu apatah lagi pengalaman. Tetapi pada ketika ramai yang kecundang, mereka bangkit dan meneruskan usaha mengecapi nikmat setelah penat menghadapi cabaran yang panjang. Mereka berjaya bergelar jutawan, walaupun hanya dengan permulaan menjual kuih di tepi jalan.

Di mana silapnya semua ini? Tidak perlu kita menuding jari kepada sesiapa. Apa yang perlu kita selidiki adalah tindakan yang selama ini telah kita lakukan untuk menuju kearah kejaayaan. Namun sebelum itu, kepada yang gagal sebelum ini, pernahkah kita menyemak semula niat kita dalam menceburi bidang perniagaan. Adakah kita mahu semata-mata menjadi kaya, sehinggakan kita sanggup untuk perbuat anyia kepada insan lain? Atau mungkin duit sahaja yang menjadi tujukan kita. Niat asal penting kerana itu akan menjadi sebab dan juga aliran kemana seluruh fikiran dan tenaga kita akan dihabiskan. Maka keputusannya juga bergantung kepada niat itu tadi.

Banyak perkara yang perlu dilihat, namun secara asasnya perniagaan perlu berlandaskan kepada minat yang mendalam dan juga keazaman yang jitu. Ini kerana, pada pendapat saya yang lemah ini, perniagaan adalah salah satu kaedah untuk menjana pendapatan. Apa yang diniagakan itulah sebenarnya yang kita perlu ada minat didalamnya. Supaya dengan minat itu, keazaman akan terbentuk sekaligus melenyapkan erti putus asa dalam diri kerana ingin melihat kejayaan dalan apa yang diniagakan itu.

Contoh yang mudah adalah apabila kita melihat Hendry Ford, antara manusia pertama menjadi Bilionire. Beliau bukan menjual kereta untuk semata-mata menjadi kaya. Apa yang beliau fikirkan adalah bagaimana setiap daripada rakyat dapat memiliki kenderaan sendiri. Ini kerana pada ketika itu hanya golongan yang berada saja yang mampu memiliki kenderaan. Maka beliau memikirkan untuk membina sebuah model kereta yang hanya memakan kos yang murah, dan ianya dapat dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik oleh rakyat jelata.

Begitu juga Warrent Buffet yang pernah memberi idea dalam musyarat agong tahunan syarikat coka-cola. Beliau mencadangkan agar dibuat "vendor Mechine" atau mesin menjual automatik, kerana beliau memikirkan bagaimana orang ramai dapat membeli air tin coka-cola pada setiap masa tidak kira siang atau malam. Maka setelah cadangan ini dibuat, saham coka-cola telah melonjak naik, dan ini juga menyebabkan beliau menjadi antara orang terkaya di dunia.

Kesimpulan kepada apa yang ingin saya sampaikan ini adalah anda perlu mencari ketenangan. Tarik nafas seketika, lihat didalam hati, apa sebenarnya yang anda ingin lakukan dalam dunia ini? Usah fikirkan tentang wang yang berjuta, beban hutang keliling pinggang atau masalah kewangan yang lain. Ini semua akan membantutkan lagi usaha anda untuk mengecapi kejayaan. Fikirkan yang positif, apakah perkara yang anda benar-benar minat melakukannya, dalam ertikata apa pun yang terjadi anda tetap dengan perkara yang anda minat itu. Maka itulah yang sepatutnya anda memberi tumpuan dan sebagai tindakan terakhirnya jadikan ia sebagai perniagaan, sumber pendapatan anda.

Saya beri anda contoh yang paling mudah. Sekiranya anda pernah membaca buku Menjejaki Jutawan Senyap karangan Dr.Rusly B.Abdullah http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9832334608 Di dalamnya Dr. Rusly ada menyatakan bahawa minat sebenar beliau ingin mengajar atau dalam ertikata lain ingin menjadi cikgu. Namun beliau tidak berpeluang untuk menjadi cikgu di sekolah. Lalu seorang ustaz dari Indonesia menasihati beliau agar menjadikan minat beliau sebagi salah satu sumber pendapatan. Kerana itu beliau telah mendirikan Institut Kulinari, yang mengajar orang ramai tentang cara-cara penyediaan makanan. Maka Institut itu telah berkembang daripada sehari demi sehari dan telah melahirkan ramai usahawan yang menjual hasil daripada masakan yang telah diajar oleh institut tersebut.

Dr. Rusly telah menjadikan minat beliau sebagai perniagaan. Perkara ini juga yang seharusnya anda fikirkan. Jangan kerana melihat si fulan itu menjual Nasi Kukus Ayam Dara mendapat sambutan anda terus tergopoh-gapah ingin turut serta dalam menjual menu yang sama. Akhirnya apabila melihat jualan anda merosot sedangkan si fulan terus maju dengan perniagaannya, menyebabkan anda berasa iri hati sehinggkan ada yang sanggup dengki mendengki antara satu sama lain.

Anda tidak perlu risau, buka minda, kerana di luar sana masih terlalu banyak peluang perniagaan dan masih belum terlambat untuk anda menjadi jutawan.

Oleh yang demikian perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah mengambil sedikit masa untuk berfikir apa yang sebenarnya anda minat. Perkara minat ini ada banyak, namun suka saya ingatkan disini, ianya bukanlah perkara rutin seperti tidur atau makan. Ianya sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat seperti bertani, membaca atau membuat gubahan bunga. Ada bermacam lagi perkara yang pastinya menjadi minat anda. Selamat mencuba....