$ Menghasilkan RM pertama anda $
Salam Sejathera.Anda pastinya tersangat ingin mengetahui jika ada diluar sana yang benar-benar mengajar kita untuk membuat duit dengan cara yang paling mudah. Ini sememangnya lumrah kepada manusia kerana duit merupakan medium pertukaran yang penting dalam dunia moden ini. Sememangnya ia tidaklah sesukar mana, namun anda perlu mencari alasan yang kukuh untuk orang lain memberi wang kepada anda.
Satu hari saya sangat kehausan dan terus mencari-cari kedai untuk membeli air. Terkejut saya apabila ada satu kedai mamak jual air tin RM1.80 satu... kemudian saya pun membeli tanpa memikir harga air tersebut kerana terlalu haus. Tetapi bila fikir semula, sungguh mahal air tu!
Kemudian saya berjalan sedikit didepan jalan sebelum sampai simpang, saya melihat seorang pakcik menjual air. Walau pun nampak tak ramai orang, tetapi pakcik tu tetap berada disitu. Ia membuat saya tertanya-tanya, "ada untung ke jual air nie?"Satu saja jawapannya, kalau tak untung masakan pakcik tu masih tercongok duduk kat situ jual air. Maka saya pun mencubanya sendir dan ternyata memang betul perkara tersebut.Anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk berniaga air. Dekat depan rumah pun boleh buat. Ada juga org kata "kalau hari hujan, mesti tak laku jual air" itu pun silap juga. Kalau hari hujan, kita jual la air panas! Cuba la bayangkan kalau kita dapat jual air sehari, tak payah banyak 20 cawan. 1 Cawan RM1, dah ada RM20 satu hari. Kos membuat air tidaklah seberapa. Saya akan nyatakan dibawah ini dan mungkin anda juga boleh mencubanya sendiri. Apa yang penting ketabahan anda sendiri dan ego anda sahaja yang perlu anda lawan.
Senarai alatan:
ALATAN TETAP
Payungmeja lipatbekas air (gunakan yang ada paip, lebih murah dan praktikal)
Bekas letak
straw alas
mejapapan
tanda iklan (boleh buat pakat kertas manila buat sementara)
baju dan topi (sbg imej kita)
BELANJA BULANAN
Air bersih (pastikan air anda air yang ditapis)
Pati air (pilihlah pati mengikut kesukaan anda)
bekas air dan strawgulagas (buat masak air gula)
upah (upah ini untuk anda sendiri)
BELANJA LAIN-LAIN
Fotostat flyers untuk promosi
Banner
Bancuh air secukup rasa. Jangan main buat je. Pastikan anda ikhlas membuatnye. Tak perlu buat banyak-banyak, agak-agak mengikut permintaan. Tp air gula pastikan manis. Kalau anda pandai boleh buat air yang lain dari yang lain mcm Soya atau cendol. kalau tak pun jgn pandang rendah air biasa seperti oren atau mangga, setiap hari pasti ada org yang haus.Bila berniaga mcm nie, jgn la pikir nak untung sampai boleh pakai kete BMW.
Tetapi tabahkan semangat, ingat anda hanya perlu merasakan bagaimana bila berhadapan dengan pelanggan, cara untuk uruskan duit, urusan stok dan sebagainya. Bila dah paham perkara ini dan anda pun berminat dengan perniagaan, barulah fikirkan untuk tindakan seterusnya. Sekiranya anda berasa bosan dan takut rugi, bermakna anda tiada semangat keushawaan, jadi teruskan saja la kerja yang sedia ada ini sampai pencen atau dapat pampasan. Lupakan saja cita-cita untuk mengubah nasib menjadi org kaya. Nah, sekarang anda bila dah ada alatan ini maka anda boleh mulakan sendiri. Jgn paksa diri buat permulaan, jadikan ia sbg permulaan untuk anda mengurus sebuat perniagaan kecil. Kerana bila anda boleh menguruskan yang kecil, barulah anda boleh menguruskan perniagaan yang besar-besar. Jual ketika pulang dari kerja atau hari cuti. Atau pun jual ketika ada apa-apa aktiviti besar-besaran seperti hari merdeka, tahun baru yang mana akan ada ramai org. Uruskan dgn niat untuk belajar, insyallah anda akan dapat habuannya. Selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment