Assalammualaikum...
Pernah tak korang terasa macam korang dah jatuh cinta pada seorang awek atau pun pakwe nie, tapi akhirnya kecewa atas pelbagai sebab, dia tak suka kat korang la, baru tau perangai dia yang sebenar la, mak bapak dia atau mak bapak korang yang tak suka la.... macam-macam lagi la...
Dan akhirnya korang ditakdirkan menikahi orang yang tak pernah pun dalam jangkaan korang dia akan menjadi pasangan korang sehingga akhir hayat. hihi dengar macam cerita kelakar kan? bercinta dengan orang lain, kawin lak dengan orang lain.. haa sebab tu la hari nie aku nak bawak topik yang hangat lagi berbisa nie.
Antara Cinta dan Nafsu... anda di mana? Pada pendapat aku la, cinta ni memang sangat luas maksudnya. Tapi yang paling mudah untuk difahami adalah ia berkait rapat dengan perkataan korban. Sekiranya saya sangup berkorban apa saja untuk dia yang saya cintai, maka saya dikatakan sudah jatuh cinta pada dia. Wah!! berat sungguh kalau macam tu, ada ke orang yang sanggup buat macam tu sekarang nie? Sedangkan kalau mak bapak aku suruh aku pergi kedai belikan gula sekilo pun kadang-kadang aku malas nk pergi, bukan aku kene kuar duit pun, duit dah mak aku bagi, dia suruh pergi beli jer.. itu pun tak sanggup nak buat, pasal apa?... Letih katanya... penat la macam-macam alasan... Itu ke yang dikatakan cinta dan sayang pada ibu bapa? sebab kalau ikut definasi cinta macam aku cerita kat atas tadi, bermakna itu bukanlah cinta, sayang pun bukan... perasaan tu sebenarnya belum wujud lagi dalam diri kita.
Jadi macam mana dengan pasangan yang sudah berumahtangga, mereka mengatakan yang mereka bernikah atas dasar cinta? (bagi yang khawin dengan suka sama suka la.. yang kene paksa tu aku tak tau la kan...) "kenapa anda pilih pasangan anda sebagai teman hidup?" dia jawab.. "sebab kami serasi.." katanya... tapi bila bercerai, "haa nie kenapa bercerai pulak?".... jawabnya... "kami dah tak serasi..." wah senangnye jawapan...
Jadi kalau bukan cinta... nafsu la namanya... betul tak? cuba fikir elok-elok... Kalau agama tak suruh kita kawin, mesti ramai yang tak kawin sebab... ye la nafsu semata-mata... orang kata kawin tu lambang cinta, tapi ada juga yang bercerai-berai... lepas tu orang cakap.. itu la cinta sesama manusia... tak kekal... jadi sebab itu apa yagn aku nk cakap, apa yang kita alami selama ini bukanlah cinta sebenarnya... sayang pun bukan... kita cuma merasakan yang kita dah tiba masa untuk ada pasangan hidup... jadi kita pun kelang kabut cuba berkenalan dengan semua orang dengan harapan orang tu serasi dengan kita dan kita boleh hidup dengan dia sehingga akhir hayat.. ok kita pun jumpa la orang tu... kita pun kawin dengan dia, tetapi sebelum kawin pun kita dah mula rasa 'makan hati' dengan pasangan kita... jadi bila dah kawin kita pun makan hati dengan dia sampai akhir hayat kita... tu sebab bila tak tahan, kita pun bercerai dengan pasangan kita.. Jadi kat mana cintanya?
Saudara- saudari sekelian...
Cinta tu memangnya sangat agung.. cinta tu memang tinggi martabatnya... seperti yang aku cakap awal-awal tadi dia berkait rapat dengan pengorbanan.. Kalau anda senggup berkorban untuk dia yang anda cintai, sememangnya itulah definasi cinta yang sebenar... Jadi kengkawan... amcam? berkorban apa saja.. boleh? sanggup?... susahkan?.... kekadang kita rasa macam nak berkorban untuk si dia... tapi adakah si dia tu seorang yang berbaloi untuk kita berkorban? lepas tu pulak, berkorban nie tak perlu minta balasan.. nanti tak ikhlas pulak... memberi tanpa meminta dibalas... itulah cinta yang sejati...
Oleh yang demikian, pada pendapat aku cinta ini sememangnya hanya untuk ALLAH SWT... selain daripada itu bukan cinta namanya.. namun takde la aku kata ianya nafsu semata, aku tau korang yang baca nie semua baik-baik belaka... cuma aku nak korang faham cinta itu sangat tinggi dan agung...
pada sesama manusia kita hanya perlu ada toleransi.. sebab kita tidak mungkin boleh berkorban apa saja.. mungkin pada perkara-perkara tertentu saja... Apa yang kita perlukan adalah semangat saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling memaafkan dan saling sayang menyangi
cuba fahami pasangan kita dan pastikan kita boleh terima segala baik buruknya.. kalau kita sukar menerimanya, kita perlu banyak belajar bersyukur... bersabar dan bersedia untuk memberi dengan lebih...
Itu adalah rasa kasih sayang yang sebenar...
Sehari selembar benang, Lama-lama menjadi kain. Berkat usaha sedikit demi sedikit tenaga dan fikiran yang dicurahkan dengan cara dan keyakinan yang betul, insyaallah akan membuahkan hasil. Blog ini akan membincangkan bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dimajukan dan terus berkembang menjadi suatu yang memberi manfaat bukan sekadar manfaat kewangan, tetapi juga manfaat sejagat.
Tuesday, June 12, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Kedai Dobi Termurah
Assalammualikum
Apa khabar rakan-rakan sekelian hari nie saya saje nak share kepada rakan-rakan tentang satu kedai dobi yang baru saya jumpa. Pada hemat saya ia antara yang termurah pernah saya jumpai dekat KL nie..
Nama kedai nie 69 laundry station dekat Damansara Damai petaling Jaya... Kepada sesiapa tak tau kat mana Damansara Damai tu boleh tgk kat Google Map... Kalau kita daripada Kepong nk ke sungai Buloh akan lalu dekan Damansara Damai nie...
Dah masuk Damansara Damai, naik... ada simpang pertama, masuk.. ada satu restoren mahbub... terus.. lepas tu belok kanan... nanti bila dah belok, kat sebelah kiri anda ada econsave... ok.. susur jer jalan tu.. tgk deret2 kedai sebelah kanan... kedai dobi tu sebelah restoren Hot Pot...
Antara harga yang saya tau seperti berikut
Cucian biasa: RM2.00 sekilo
Well mungkin ada setengah tempat menawarkan harga lebih murah seperti RM1.20 sekilo.. namun apa yang saya difahamkan, kebanyakkan dobi yang buat harga murah mcm tu sbb mereka akan campurkan semua baju pelanggan tidak kira islam ke bukan islam ke lain-lain bangsa ke... org bangla ker afrika ker... semua depa campuq sbb tu leh dapat harga murah...
risikonya, baju anda kemungkinan besar akan hilang.. paling kurang pun sehelai dua helai akan hilang... tak caya cuba try hantar... kalau nk tgk baju anda hilang...
tp kedai 69 laundry station nie depa basuh asing... walaupun kita hantar sehelai je baju...cucian mmg berkualiti la...
yang lagi best... Conforter/toto cume RM8.00 mmg murah... kat Kedah pun paling murah sy tgk RM9.00
dan Dry Clean pun mmg sangat murah kat sini... so kepada sesiapa yang biasa cuci dry clean mahal2 tu leh pergi kat sini
Baju kurung sepasang RM8.00
tu kalau baju kurung biasa la.. kalau ada manik2 tu mungkin ada extra caj...
mcm seluar, blouse tu RM6.00 je...
Coat pompuan lelaki RM10
ape lagi eh... kalau nk tau lebih lanjut boleh pergi tanya sendiri kat kedai tu...
tp mmg saya recommend la org hantar baju kat situ...
Subscribe to:
Comments (Atom)