Assalammualaikum...
Pernah tak korang terasa macam korang dah jatuh cinta pada seorang awek atau pun pakwe nie, tapi akhirnya kecewa atas pelbagai sebab, dia tak suka kat korang la, baru tau perangai dia yang sebenar la, mak bapak dia atau mak bapak korang yang tak suka la.... macam-macam lagi la...
Dan akhirnya korang ditakdirkan menikahi orang yang tak pernah pun dalam jangkaan korang dia akan menjadi pasangan korang sehingga akhir hayat. hihi dengar macam cerita kelakar kan? bercinta dengan orang lain, kawin lak dengan orang lain.. haa sebab tu la hari nie aku nak bawak topik yang hangat lagi berbisa nie.
Antara Cinta dan Nafsu... anda di mana? Pada pendapat aku la, cinta ni memang sangat luas maksudnya. Tapi yang paling mudah untuk difahami adalah ia berkait rapat dengan perkataan korban. Sekiranya saya sangup berkorban apa saja untuk dia yang saya cintai, maka saya dikatakan sudah jatuh cinta pada dia. Wah!! berat sungguh kalau macam tu, ada ke orang yang sanggup buat macam tu sekarang nie? Sedangkan kalau mak bapak aku suruh aku pergi kedai belikan gula sekilo pun kadang-kadang aku malas nk pergi, bukan aku kene kuar duit pun, duit dah mak aku bagi, dia suruh pergi beli jer.. itu pun tak sanggup nak buat, pasal apa?... Letih katanya... penat la macam-macam alasan... Itu ke yang dikatakan cinta dan sayang pada ibu bapa? sebab kalau ikut definasi cinta macam aku cerita kat atas tadi, bermakna itu bukanlah cinta, sayang pun bukan... perasaan tu sebenarnya belum wujud lagi dalam diri kita.
Jadi macam mana dengan pasangan yang sudah berumahtangga, mereka mengatakan yang mereka bernikah atas dasar cinta? (bagi yang khawin dengan suka sama suka la.. yang kene paksa tu aku tak tau la kan...) "kenapa anda pilih pasangan anda sebagai teman hidup?" dia jawab.. "sebab kami serasi.." katanya... tapi bila bercerai, "haa nie kenapa bercerai pulak?".... jawabnya... "kami dah tak serasi..." wah senangnye jawapan...
Jadi kalau bukan cinta... nafsu la namanya... betul tak? cuba fikir elok-elok... Kalau agama tak suruh kita kawin, mesti ramai yang tak kawin sebab... ye la nafsu semata-mata... orang kata kawin tu lambang cinta, tapi ada juga yang bercerai-berai... lepas tu orang cakap.. itu la cinta sesama manusia... tak kekal... jadi sebab itu apa yagn aku nk cakap, apa yang kita alami selama ini bukanlah cinta sebenarnya... sayang pun bukan... kita cuma merasakan yang kita dah tiba masa untuk ada pasangan hidup... jadi kita pun kelang kabut cuba berkenalan dengan semua orang dengan harapan orang tu serasi dengan kita dan kita boleh hidup dengan dia sehingga akhir hayat.. ok kita pun jumpa la orang tu... kita pun kawin dengan dia, tetapi sebelum kawin pun kita dah mula rasa 'makan hati' dengan pasangan kita... jadi bila dah kawin kita pun makan hati dengan dia sampai akhir hayat kita... tu sebab bila tak tahan, kita pun bercerai dengan pasangan kita.. Jadi kat mana cintanya?
Saudara- saudari sekelian...
Cinta tu memangnya sangat agung.. cinta tu memang tinggi martabatnya... seperti yang aku cakap awal-awal tadi dia berkait rapat dengan pengorbanan.. Kalau anda senggup berkorban untuk dia yang anda cintai, sememangnya itulah definasi cinta yang sebenar... Jadi kengkawan... amcam? berkorban apa saja.. boleh? sanggup?... susahkan?.... kekadang kita rasa macam nak berkorban untuk si dia... tapi adakah si dia tu seorang yang berbaloi untuk kita berkorban? lepas tu pulak, berkorban nie tak perlu minta balasan.. nanti tak ikhlas pulak... memberi tanpa meminta dibalas... itulah cinta yang sejati...
Oleh yang demikian, pada pendapat aku cinta ini sememangnya hanya untuk ALLAH SWT... selain daripada itu bukan cinta namanya.. namun takde la aku kata ianya nafsu semata, aku tau korang yang baca nie semua baik-baik belaka... cuma aku nak korang faham cinta itu sangat tinggi dan agung...
pada sesama manusia kita hanya perlu ada toleransi.. sebab kita tidak mungkin boleh berkorban apa saja.. mungkin pada perkara-perkara tertentu saja... Apa yang kita perlukan adalah semangat saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling memaafkan dan saling sayang menyangi
cuba fahami pasangan kita dan pastikan kita boleh terima segala baik buruknya.. kalau kita sukar menerimanya, kita perlu banyak belajar bersyukur... bersabar dan bersedia untuk memberi dengan lebih...
Itu adalah rasa kasih sayang yang sebenar...